Bantuan Tab Android Percuma Untuk Golongan B40 2021


Berita baik buat anda semua golongan keluarga B40 dan Pemohon BPN kerana kini anda boleh memohon bantuan tablet android 2021 untuk anak-anak anda. Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini. 


PERMOHONAN TABLET PERCUMA 2021


Untuk pengetahuan anda, bantuan tablet android percuma ini adalah merupakan salah satu bantuan dan keprihatinan Dato Seri Anwar Ibrahim yang merangkap ahli parlimen Port Dickson untuk para pelajar agar tidak keciciran serta ketinggalan untuk mendapatkan akses pendidikan terutamanya ketika sesi pembelajaran daripada rumah secara online pada ketika ini (PdP).


Daripada inisiatif bantuan ini, mereka yang layak akan menerima Android Tab atau mana-mana peranti pintar yang menyokong sistem android. 


Bantuan ini tersedia untuk murid-murid:

  • Darjah 1 higga Darjah 6
  • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6

SYARAT KELAYAKAN
  • Terbuka kepada keluarga warga / penduduk / pengundi di Port Dickson
  • Pendapatan keluarga di bawah B40 dan merupakan pemohon BPN
  • Mempunyai asas dalam penggunaan komputer atau internet

CARA MEMOHON

Untuk makluman, bantuan adalah terhad dan semua permohonan akan diteliti terlebih dahulu. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja. 

Kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan di atas, anda boleh memohon secara online seperti di bawah ini: 


  1. Sila pergi ke pautan Borang Permohonan Tablet Android Online - klik DI SINI
  2. Sila pilih sama ada anda adalah merupakan penerima BPN atau tidak dan klik 'Next'
  3. Sila lengkapkan maklumat murid dan klik 'Next'
  4. Lengkapkan maklumat keluarga dan klik 'Submit'
  5. Permohonan anda telah berjaya dihantar. 

Post a Comment

0 Comments