Bantuan Persekolahan RM200 Dari MEDAC Untuk Keluarga B40 Bermula Mac 2021
Berita baik buat anda kerana Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan sebanyak RM400,000 untuk disumbangkan kepada para pelajar dari keluarga golongan B40 yang bakal menghadiri pembukaan semula sekolah yang bermula pada 4 Mac 2021 ini.
Peruntukan tersebut dikatakan turut disumbangkan kepada golongan miskin yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku pada awal Januari lalu. Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan bentuan persekolahan MEDAC.
KADAR BANTUAN
Para pelajar dari golongan keluarga B40 yang layak akan menerima bantuan ini yang berjumlah:
- RM200 secara one-off setiap orang
- 1,000 orang pelajar di sekitar kawasan Sarawak sempena dengan Program Kembali ke Sekolah YBR
- Keluarga yang dikenal pasti terkesan akibat kemusnahan dan kerosakan harta benda daripada musibah banjir
- 500 keluarga mangsa banjir di sekitar Sarawak
Post a Comment
0 Comments