TULAR! Aplikasi WhatsApp Curi Data Pengguna ~ Ini Jawapan Yang Perlu Anda Ketahui



Menerusi sebuah posting daripada seorang individu yang telah tular di laman Facebook yang menyatakan bahawa jika anda menekan butang status daripada pihak WhatsApp maka segala akaun bank dan data peribadi anda mungkin boleh diambil adalah sama sekali TIDAK BENAR!


Untuk pengetahuan anda, status daripada pihak WhatsApp yang sama sekali tidak pernah muncul sebelum ini dan buat pertama kalinya pada hari ini terdapat sebuah status yang timbul daripada pihak WhatsApp telah membuatkan orang ramai berasa panik dan menjadi ragu-ragu kerana jika status tersebut ditekan maka segala maklumat peribadi milik pengguna aplikasi WhatsApp tersebut bakal diambil adalah tidak benar sama sekali. 


Status WhatsApp tersebut adalah merupakan status rasmi daripada pihak Developer Rasmi WhatsApp. Tujuan status tersebut dibuat adalah untuk memberitahu kepada para pengguna aplikasi WhatsApp ini telah melakukan beberapa penambahbaikan dimana penambahbaikan tersebut adalah untuk lebih mengetatkan privasi diri anda. 


BERHATI-HATI DENGAN PARA SCAMMER



Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp para pengguna. Taktik dan modus operandi tersebut menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya para pengguna agar menyerahkan kod pengesahan 6 digit yang diterima oleh pihak WhatsApp. 


Angota sindiket penipuan tersebut akan menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga anda dengan menggunakan akaun WhatsApp yang telah berjaya diambil sebelum ini dan mereka juga turut akan menyamar sebagai kakitangan WhatsApp untuk memperdaya para pengguna yang ada. Oleh yang demikian, pihak SKMM menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak memberikan sebarang nombor kod pengesahan 6 digit aplikasi WhatsApp anda kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. 


Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua dan sila kongsikan berita ini kepada rakan dan ahli keluarga anda. Terima kasih. 

Post a Comment

0 Comments