[RASMI] : Permohonan Bantuan Deposit Sewa Rumah Dan Sewa Bulanan Kini Dibuka ~ Mohon Sekarang!

 


Untuk makluman, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberikan peluang kepada para asnaf untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan sempurna dengan mendiami rumah yang selamat dan selesa. 


Berikut adalah merupakan segala maklumat lengkap berkenaan permohonan bantuan deposit rumah dan sewa bulanan yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan. 


SYARAT KELAYAKAN


Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang wajib anda patuhi sebelum melakukan sebarang permohonan:

  1. Beragama Islam
  2. Merupakan Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (kira DI SINI)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan sebelum anda melakukan sebarang permohonan:

1. Borang permohonan.
2. Satu keping gambar pemohon berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).
3. Satu salinan kad pengenalan:
    > Pemohon
    > Suami 
    > Isteri
    > Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Untuk anak angkat pula, anda perlu            sertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama        akuan sumpah penjagaan. (Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan - klik DI SINI)
4. Satu salinan penyata pendapatan / pencen / PERKESO. Bagi anda yang tidak mempunyai slip gaji, anda perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. (Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan - klik DI SINI)
    > Bagi mereka yang menetap di Labuan, pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu                            mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang telah disahkan oleh ketua                     kampung.
5. Satu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (Contoh: DBKL, Perbadanan Labuan, Perbadanan Putrajaya dan lain-lain).
6. Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu)
7. Satu salinan surat perjanjian sewaan (permohonan sewaan individu)
8. Sati salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir / terkini.

DOKUMEN LAIN (SEKIRANYA DIPERLUKAN)


HANTAR PERMOHONAN

Segala borang permohonan yang telah lengkap diisi dan disertakan dengan segala dokumen yang diperlukan boleh dihantar dengan anda perlu menghadirkan diri ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP - (rujuk DI SINI)

Semoga Bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments