Cara Memohon Bantuan mySalam Untuk Golongan B40

Kelayakan mySalam
MySalam layak diterima oleh;
1. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
2. Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
- Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.
Cara Menyemak Kelayakan untuk menerima skim mySalam
1. Layari www.mysalam.com.my
2. Masukan kad pengenalan tanpa (-), dan klik "Semak"
3. Notifikasi di bawah kotak akan menynjukkan samada anda "LAYAK" atau "TIDAK LAYAK"
Tuntutan melalui atas talian
- Layari portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
- Sila daftar dahulu untuk pertama kali, tekan "LOG MASUK KALI PERTAMA" dan ikut langkah yang diarahkan.
- Sekiranya anda pernah daftar, anda akan diminta untuk melakukan pengesahan no telefon. Jika nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, sila telefon talian bantuan. Pegawai bertugas akan bantu anda untuk reset pasword dan tetapkan password baru anda di log masuk.
- Kemaskini profile anda sebelum langkah seterusnya.
- Klik;
- Boleh pergi ke mana-mana kiosk MYSalam
- Bawa salinan kad pengenalan dan borang Annex 14&17.
- Serahkan dokumen kepada pegawai bertugas
Telefon : 1-300-88-8938
Email : info@mysalam.com.my
Post a Comment
0 Comments