Datuk Seri Najib Desak Pihak KWSP Hapuskan Semua Syarat Pengeluaran i-Sinar KWSP ~ Adakah Anda Bersetuju?



Walaupun terdapat arahan yang mengarahkan bekas Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Razak agar berhenti memberikan tekanan kepada pihak kerajaan berhubung dengan pengeluaran i-Sinar KWSP namun Datuk Seri Najb tetap sahaja berkeras meminta agar pihak kerajaan menghapuskan segala syarat pengeluaran yang ditetapkan dengan kadar segera. 


PENGELUARAN i-SINAR SEPERTI i-LESTARI


Menurut Datuk Seri Najib Razak, pengeluaran i-Sinar perlu dibuat seperti mana pengeluaran i-Lestari dijalankan tempoh hari. 


"Sesiapa yang merasakan bahawa mereka ada keperluan, biarlah mereka keluarkan sedikit duit jika mereka masih mempunyai baki dalam akaun tersebut.


"Mereka bukan nak keluarkan semua pun. Cuma sehingga 10K (RM10,000) sahaja," katanya yang memaklumkan ramai orang yang berasa gembira kerana permohonan pengeluaran i-Sinar diluluskan bermula semalam. 


RAKYAT BERASA KECEWA


Namun begitu, terdapat ramai juga rakyat yang berasa sangat kecewa kerana permohonan yang telah mereka lakukan mendapat keputusan gagal. 


Menurut Datuk Seri Najib Razak, rakyat lebih mengetahui akan keadaan serta situasi sebenar mereka dan rakyat lebih yakin duit yang dikeluarkan pada hari ini akan dapat dipulihkan dalam masa yang terdekat apabila keadaan ekonomi menjadi baik semula. 


Oleh yang demikian, pihak kerajaan dan KWSP perlulah untuk mempercayai rakyat kerana caruman wang tersebut sememangnya adalah duit mereka," katanya. 


Sumber : MalaysiaGazette

Post a Comment

0 Comments