BPN 2.0 : Jadual Rasmi Pembayaran BPN 2.0 Bermula 21 Januari 2021
Untuk makluman anda, hari ini iaitu bersamaan dengan 21/01/2021 adalah merupakan tarikh dan hari pelaksanaan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bagi semua penerima tidak kira sama ada penerima baharu ataupun lama.
Pelaksanaan pembayaran ini disegerakan berikutan daripada pengunguman yang telah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini. Oleh itu, diharapkan dengan adanya bantuan ini ianya sedikit sebanyak mampu menampung beban rakyat berikutan daripada penularan wabak pandemik yang banyak menjejaskan ekonomi rakyat dan negara khususnya.
CARA SEMAKAN BPN 2.0
Berikut adalah merupakan cara semakan BPN 2.0 yang anda perlu ketahui:
- Layari laman web BPN di sini https://bpn.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan anda
- Isi captcha yang telah diminta
- Maklumat pembayaran BPN 2.0 akan dipaparkan
- Kepada penerima B40 bagi fasa 2 dan penerima baharu anda akan dibayar bermula pada 21 Januari 2021
- Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun anda
- Kepada penerima M40 untuk fasa 2 dan penerima baharu anda akan dibayar bermula pada 25 Januari 2021
- Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun anda
- Jika anda adalah merupakan penerima BPN 2.0 sama ada fasa 2 atau penerima baharu tetapi tidak mempunyai akaun bank, anda akan dibayar bermula pada 25 Januari 2021
- Pembayaran akan dilakukan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan kawasan anda dengan menggunakan kad pengenalan atau nombor baucar
- Jika anda menetap di negeri Sabah dan Sarawak serta tidak memiliki akaun bank, pembayaran akan bermula pada awal bulan Februari 2021 sehingga April 2021
- Lokasi pengambilan wang akan dimaklumkan pada akhir Januari nanti



- 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- LHDN : 1-800 882 747 / 03-8911 1000
Post a Comment
0 Comments