Bantuan Tambahan RM1,000 Buat Peniaga & PKS Di Seluruh Malaysia



Melalui Belanjawan 2021 yang lalu pihak kerajaan telah pun mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 ringgit melalui Geran Khas Prihatin Tambahan atau GKP Tambahan yang diberikan kepada para peniaga dan penjaja di negeri Sabah. 


Namun, disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19 yang melibatkan semua negeri telah menyebabkan pihak kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan akibat daripada itu terdapat ramai para peniaga yang terjejas. 


Oleh itu, menerusi pengunguman pakej bantuan PERMAI yang telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini beliau berkata bahawa pihak kerajaan telah memperluaskan inisiatif  GKP Tambahan yang melibatkan para peniaga dan PKS ini kepada seluruh negeri di Malaysia. 


BANTUAN GKP TAMBAHAN


Pihak kerajaan akan memperluaskan GKP Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000. Peluasan inisiatif GKP Tambahan adalah melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta. 


Peluasan GKP Tambahan adalah melibatkan kadar bantuan seperti berikut: 

  • RM1,000 - PKS di negeri PKP
  • RM500 - PKS di negeri lain (PKPB & PKPP)

Namun, sekiranya terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan sebagai negeri PKP, pihak kerajaan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri tersebut dengan serta merta. 



Pemandu teksi, bas dan ehailing yang layak pula akan menerima bantuan tunai secara one-off berjumlah RM500. Orang ramai yang bukan PKS pula akan menerima Data 1GB Percuma sehingga April 2021 manakala bagi calon SPM, STPM & IPT pula boleh melanggani Pakej Data Khas yang disediakan dengan kadar yang rendah. 

PELAKSANAAN SKIM MIKROKREDIT DIPERCEPATKAN

Untuk makluman, bagi tujuan membantu aliran tunai perusahaan mikro dan PKS, pihak kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikrokredit seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini. 

Sejumlah 1 bilion ringgit kemudahan mikrokredit disediakan merangkumi pinjaman mudah melibatkan: 
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Agrobank
  • TEKUN

MERANCAKKAN PERNIAGAAN SECARA ONLINE

Bagi tujuan terus menyokong usaha golongan usahawan dalam perniagaan untuk menjana pendapatan melalui jualan dalam talian atau platform e-dagang, pihak kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan kempen e-dagang PKS dan PKS mikro dan kempen Shop Malaysia Online dengan jumlah peruntukan 300 juta ringgit. 

Melalui kempen tersebut, usahawan mikro akan mendapat bimbingan perniagaan dan para pembeli akan menikmati penjimatan melalui jual beli secara dalam talian (online). 

Usaha ini jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan berusaha gigih dalam membantu merancakkan semula ekonomi Malaysia dan membantu PKS di negara kita untuk terus maju dalam perniagaan. Sebarang info lanjut berkenaan permohonan GKP Tambahan atau bantuan-bantuan lain bagi peniaga akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Saye anuar ,saye beli internet ,ape yang terjadi untuk 36 bantuan 2021. Adalah membazir, untuk status 36 bantuan 2021 tidak seperti BR1M ,mudah berurusan . untuk 36 bantuan susah berurusan . Menggunakan syarat ,cemburu ,kerajaan senang ,bukan kerajaan susah, pertimbangkanlah kontraktor. Rakyat senang seperti kerajaan mudah berurusan ,segalanye.

    ReplyDelete