ASUH PINTAR 2021: Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar RM100 Sebulan

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Yayasan Anak Selangor (YAWAS) telah membuka permohonan bantuan yuran taska dan nurseri RM100 sebulan di bawah Skim Bantuan Anakku Pintar (Asuh Pintar).


Asuh Pintar merupakan bantuan untuk ibu bapa yang mempunyai anak berusia empat tahun ke bawah dan bantuan ini dibayar terus ke taska atau nurseri tersebut. 


Tarikh tutup bagi permohonan Asuh Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan dan setiap permohonan hendaklah di hantar sebelum 15 haribulan.


SYARAT KELAYAKAN

Berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk memohon Asuh Pintar:-

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia serta dilahirkan dan menetap di Selangor atau tidak dilahirkan di Selangor tetapi telah menetap secara sah di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun (Perlu mendapat pengesahan dari ketua kampung / pengerusi taman perumahan di tempat pemohon menetap).
  • berpendapatan RM5000 kebawah bagi setiap isi rumah.
  • Suami dan isteri bekerja.
  • Anak berumur 4 tahun dan kebawah.
  • Terhad kepada 2 orang anak sahaja.
  • Taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Ibu bapa adalah pengundi berdaftar di Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

SENARAI TASKA DI BAWAH JKM

Senarai taska yang berdaftar di bawah JKM boleh dirujuk melalui laman web rasmi Asuh Pintar di http://asuhpintarv2.yawas.my/web/taska.php 

CARA PERMOHONAN

Berikut dikongsikan cara untuk memohon bantuan Asuh Pintar:- 
  • Buka laman web rasmi Asuh Pintar di http://asuhpintarv2.yawas.my/web/semakan.php?kp=
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik "semak".
  • Kemudian klik "Permohonan Baru".
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  • Klik "Daftar" untuk hantar permohonan.
  • Cetak borang permohonan.
  • Hantar borang permohonan serta dokumen sokongan ke emel asuhpintar@gmail.com atau pos ke alamat:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN

  • Borang pendaftaran online yang telah dicetak dari sistem.
  • Salinan sijil lahir anak yang dipohon.
  • Salinan Mykad ibu dan bapa.
  • Slip gaji ibu dan bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah).
  • Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor).
  • Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Sekirangan anda mempunyai sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam permohonan, anda boleh menghubungi pihak YAWAS di talian 03-54818800 atau layari terus laman web Asuh Pintar di http://asuhpintarv2.yawas.my/web/

Post a Comment

0 Comments