[RASMI] : Tarikh Bayaran Pertama i-Sinar KWSP Bermula Pada 11 Januari 2021 - Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu!


 

Untuk makluman, sejak permohonan pengeluaran wang daripada Akaun-1 menerusi program i-Sinar dibuka pada 21 Disember lalu, segala permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP tidak kiralah secara digital atau fizikal telah berjalan dengan lancar. 


Menurut Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Zafrul Abdul Aziz, kepada mereka yang benar-benar layak, segala maklumat telah tersedia di dalam pangkalan data KWSP. Sistem tersebut akan memberikan kelulusan secara automatik kepada mereka. 


Untuk mengetahui berkaitan dengan tarikh bayaran pertama i-Sinar KWSP, sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini. 


TARIKH BAYARAN PERTAMA i-SINAR KWSP


Menurut Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia berkata bahawa tarikh pertama bayaran i-Sinar KWSP adalah seperti berikut:

  • Tarikh Pertama Bayaran i-Sinar KWSP : 11 Januari 2021

Namun demikian, para pemohon haruslah melakukan semakan permohonan yang telah dilakukan terlebih dahulu bermula pada 4 Januari 2021. 

PERMOHONAN i-SINAR DIBUKA SELAMA 6 BULAN

Untuk pengetahuan anda, kepada mereka yang belum melakukan permohonan i-Sinar dan mempunyai hasrat untuk melakukan permohonan, anda adalah dinasihatkan agar tidak terburu-buru dalam melakukan permohonan kerana permohonan i-Sinar ini dibuka selama tempoh 6 bulan iaitu sehingga Jun 2021.

Pastikan anda tidak tergesa-gesa dalam melakukan permohonan sehingga anda melakukan kesilapan dalam melakukan permohonan i-Sinar ini kerana tiada pindaan atau pembatalan yang boleh dilakukan bagi permohonan yang telah di hantar.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut atau melakukan sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan i-Sinar, sila hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga jam 8 malam sahaja. 

Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments