Semakan Online
[RASMI] : Permohonan Bantuan Tambahan Khas Covid-19 MAINJ Bernilai RM200 Kini Dibuka Untuk Semua

Untuk pengetahuan anda semua, bantuan ini bakal memberikan manfaat kepada 17,000 individu yang terjejas akibat Covid-19. Anda boleh lah melakukan permohonan sekiranya anda memerlukan bantuan ini.
Sila semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut berkenaan dengan Bantuan Tambahan Minhah Covid-19 melalui perkongsian di bawah ini.
KADAR BANTUAN MINHAH
Untuk pengetahuan anda semua, kadar bantuan minhah akan diberikan kepada individu yang layak seperti berikut:
- Kadar Bantuan Tambahan Khas Covid-19 : RM200
SYARAT KELAYAKAN
Dibawah ini adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerima Bantuan Minhah:
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Bermastautin di negeri Johor untuk tempoh masa 3 tahun
- Pemohon BUKAN penerima bantuan bulanan MAINJ
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan dokumen yang lengkap seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan
- Slip gaji pemohon atau pengesahan pendapatan para pemohon (jika diperlukan)
CARA MEMOHON
Bagi pengetahuan anda semua, permohonan ini dibuka sehingga 14 Disember 2020. Para pemohon perlu melengkapkan borang di pautan 'Google Forms' yang telah disediakan mengikut daerah seperti di bawah ini:
- Daerah Johor Bahru - https://bit.ly/39Bwz2B
- Daerah Kota Tinggi - https://bit.ly/37yJccp
- Daerah Mersing - https://bit.ly/2VrNkoV
- Daerah Kluang - https://bit.ly/3qnxdqv
- Daerah Kulai - https://bit.ly/3mDyDLs
- Daerah Pontian - https://bit.ly/2VuUsAJ
- Daerah Segamat - https://bit.ly/36wKsNB
- Daerah Tangkak - https://bit.ly/36yX2Mz
- Daerah Muar - https://bit.ly/3g49ln8
- Daerah Batu Pahat - https://bit.ly/2VwQFmE
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke laman web rasmi https://www.maij.gov.my/archives/5473 atau boleh terus hantarkan email ke alamat zakat@maij.gov.my

Post a Comment
0 Comments