MGID ads

[RASMI] : Cara Mohon Bantuan Daripada RISDA Untuk Pekebun Kecil Bernilai RM600



Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM201 juta melalui Belanjawan 2021 untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada para pekebun kecil di seluruh negara. 


Pengerusi Pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) iaitu Datuk Mohd Salim Sharif berkata bahawa penerima bantuan tersebut akan membabitkan seramai 274,639 pekebun kecil RISDA dan 61,763 pekebun kecil Lembaga Industri Getah Sabah.


Sila ikuti perkongsian di bawah ini untuk maklumat lanjut permohonan dan pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA.


KADAR BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Untuk pengetahuan anda, kadar bantuan adalah sebanyak RM600 seorang yang akan disalurkan ke dalam akaun penerima yang telah didaftarkan dalam dua peringkat:

  • RM300 ke akaun pekebun kecil bermula 07 Disember 2020
  • RM300 lagi pada Januari 2021

Sebanyak 237,207 permohonan yang telah diterima setakat ini dan pihak RISDA telah membuat bayaran sebanyak 85% dengan nilai peruntukan sebanyak RM121.6 juta.


Baki permohonan membabitkan seramai 34,490 pemohon pula bakal disalurkan minggu hadapan. 


SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Hanya pekebun kecil yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja yang layak untuk menerima bantuan.

  • Mestilah Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1011 hektar hingga 2.5 hektar. Maksudnya, jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1011 hingga 2.5 hektar secara agregat.
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
  • Satu lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

Pekebun Kecil Pemilik Pengusaha : Pekebun kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri.

Penoreh Bukan Pemilik : Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di ladang pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.

Pemilik Tanah Sah : Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan.

PERMOHONAN BARU BANTUAN

Untuk pengetahuan anda, bagi para pekebun kecil yang masih belum menerima atau dalam proses permohonan, pihak RISDA masih membuka permohonan bantuan sehingga 31 Disember 2020. Untuk mendapatkan borang permohonan bantuan, anda harus pergi ke pejabat RISDA yang berhampiran dengan kawasan anda. 

Pemilik Kebun

Pemohon daripada kategori Pemilik Kebun hendaklah melengkapkan Borang BMT (pemilik) beserta dokumen sokongan seperti berikut: 
  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif

Penoreh Bukan Pemilik

Bagi pemohon kategori Penoreh Bukan Pemilik hendaklah melengkapkan Borang BMT (penoreh) beserta dengan dokumen sokongan seperti berikut:
  • Kad pengenalan pemohon dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah 
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan Kad PAT-G 
  • Salinan buku akaun bank yang aktif

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Para pemohon boleh membuat semakan status kelayakan melalui sistem e-BMT di pautan berikut setelah tarikh tutup permohonan: 


Sila masukkan nombor kad pengenalan dan kemudia klik pada butang SEMAK. Status permohonan bantuan akan dipaparkan.



SUMBER : SINAR HARIAN

Post a Comment

0 Comments