Cara Melakukan Temu Janji Online Di Kaunter Perkhidmatan KWSP ~ Wajib Anda Ketahui



Untuk pengetahuan anda, bermula pada 1 Julai yang lalu jika anda hendak melakukan sebarang urusan di Kaunter Perkhidmatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda perlulah untuk melakukan permohonan secara online terlebih dahulu sebelum berurusan di Kaunter KWSP kerana pihak KWSP kini lebih menggalakkan untuk menggunakan konsep secara janji temu untuk melakukan sebarang urusan.


Oleh yang demikian, hanya ahli yang telah melakukan temujanji sahaja yang akan dibenarkan dan dapat berurusan di bahagian perkhidmatan kaunter KWSP.


Kami daripada pasukan Salam Kerjaya akan berkongsikan kepada anda semua cara untuk membuat temujanji secara online sebelum anda berurusan di kaunter KWSP.


PANDUAN MELAKUKAN TEMU JANJI


Terdapat dua cara untuk melakukan permohonan janji temu sebelum berurusan di Kaunter KWSP. Berikut adalah merupakan dua cara tersebut:


Cara 1

  • Anda boleh melayari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ melalui pautan Permohonan Janji Temu Online untuk membuat janji temu online terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang urusan.

Cara 2

  • Menghubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk sebarang pertanyaan dan membuat janji temu online anda.

PERKARA YANG PERLU ANDA KETAHUI SEBELUM BERURUSAN

  • Ahli disarankan untuk menghadirkan diri sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan pada tarikh janji temu.
  • Ahli disarankan agar sentiasa mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan berikutan dengan langkah untuk mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 seperti menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitizer. 
  • Ahli juga turut dikehendaki untuk mendaftar
  • (check-in) dengan mengimbas QR code menggunakan aplikasi MySejahtera



WAKTU OPERASI KAUNTER KWSP

1. Kaunter
  • 8.30 pagi sehingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja.

2. Khidmat Nasihat Perasaan (RAS)
  • 9.00 pagi sehingga 4.00 petang pada hari bekerja sahaja.
Nota Tambahan : Anda mestilah membuat temujanji selewat-lewatnya satu jam sebelum berurusan di Kaunter KWSP.

Anda boleh untuk melakukan permohonan janji temu seawal 30 hari sebelum waktu berurusan atau selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa temu janji.

Namun, untuk pengetahuan anda semua bahawa janji temu ini adalah bergantung kepada kekosongan pada tarikh dan waktu yang anda mohon. 

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments