Borang Pemohonan Bantuan Kanak-Kanak & Keluarga JKM ~ Bantuan Sehingga RM12,000 Setahun!


 

Untuk makluman anda, bermula pada tahun hadapan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bakal dinaikkan mengikut mengikut pada jenis bantuan. Salah satu daripada jenis bantuan yang bakal dinaikkan adalah Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin. 

Melalui pembentangan Bajet 2021, pihak kerajaan telah mengumumkan untuk menaikkan kadar bantuan bagi kategori ini. Berikut adalah merupakan maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan ini.


JUMLAH BANTUAN LAMA

  • Maksimum sebanyak RM100 bagi setiap anak.
  • Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang.

JUMLAH BANTUAN BARU (2021)

  • Kanak-kanak yang berumur 7 tahun sehingga 18 tahun bakal menerima bantuan sebanyak RM150 (sebulan) seorang.
  • Kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan kebawah pula akan menerima bantuan sebanyak RM200 (sebulan) seorang

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan seperti yang telah ditetapkan:
  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di Malaysia
  • Keluarga atau penjaga kepada anak berpendapatan tidak melebihi daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah atau PGK Purata Miskin Per Kapita
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun
  • Bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh dipertimbangkan jika mereka bersekolah sehingga tamat menegah atas atau mana-mana kes yang dapat dipertimbangkan.
CARA MELAKUKAN PERMOHONAN SECARA ONLINE / MANUAL

Langkah 1 (Online)
  • Sila layari laman web eBantuan JKM - klik DI SINI
  • Klik butang daftar permohonan atas talian
  • Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi
  • Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B
  • Setelah anda melakukan pengisian di kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap serta sahih, anda perlu klik butan 'Keputusan'

Langkah 2 (Pejabat JKM)
  • Setelah berjaya pada langkah 1, anda perlulah menghadirkan diri anda ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online.
  • Anda perlulah hadir sekurang-kurangnya 14 hari daripada tarikh permohonan online yang anda lakukan.
  • Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan yang anda muat turun melalui pautan di bawah ini.
  • BORANG PERMOHONAN BANTUAN
  • BORANG KEMASKINI MAKLUMAT

Anda perlu datang bersama beberapa dokumen penting seperti:

1. Salinan MyKad pemohon

2. Salinan MyKad / MyKid anak jagaan

3. Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri

4. Salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau astro


Post a Comment

0 Comments