[TERKINI] : Rujuk Permohonan i-Sinar KWSP Online Menggunakan i-Akaun Dan Portal i-Sinar Di Sini




Berita baik buat ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ingin mengeluarkan duit KWSP anda melalui akaun-1 atau kini dikenali sebagai i-Sinar KWSP, anda boleh untuk mengeluarkan duit KWSP anda.

Kami di Salam Kerjaya kali ini ingin berkongsi kepada anda semua artikel tentang cara untuk memohon i-Sinar KWSP online iaitu permohonan menggunakan i-Akaun dan juga cara memohon i-Sinar KWSP online secara atas talian menggunakan portal i-Sinar.

i-SINAR, APA TU?

Melalui pembentangan belanjawan 2021 yang telah diadakan pada 06 November lalu, Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul telah membuat satu pengunguman bagi membenarkan pengeluaran simpanan KWSP. Pada awalnya, beliau menyatakan bahawa pengeluaran Akaun-1 KWSP yang dibenarkan hanyalah berjumlah RM500 sebulan dan kemudahan ini akan diberikan kepada kira-kira 600,000 orang ahli sahaja.

Namun demikian, baru-baru ini beliau telah mengumumkan bahawa pihak KWSP telah mengeluarkan kenyataan media baru-baru ini yang menyatakan bahawa mereka telah memperluaskan skop Skim i-Sinar ini dan lebih ramai ahli yang akan layak untuk memohon i-Sinar.

Perkara ini adalah merupakan berita baik yang sangat dinantikan oleh semua ahli pencarum KWSP kerana mereka yang layak akan dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan sebanyak 10% daripada Akaun-1 dengan syarat baki minimum sebanyak RM100. Kemaskini i-Sinar pula menyatakan bahawa ahli dibenarkan untuk mengeluarkan sebanyak RM10,000 daripada Akaun-1 KWSP.

Program ini diberikan nama sebagai i-Sinar bagi tujuan membantu ahli yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa. Ia adalah merupakan kesinambungan kepada program i-Lestari yang telah memberi manfaat kepada sebilangan besar pencarum KWSP sebelum ini. Namun, program ini menetapkan beberapa syarat khusus bagi pencarum yang terjejas.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON i-SINAR

  • Ahli KWSP yang telah kehilangan pekerjaan.
  • Ahli KWSP yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan.
  • Ahli KWSP yang tiada sumber pendapatann.
  • Para pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama tempoh dua bulan berturut-turut.

SYARAT TERKINI PROGRAM i-SINAR

  • Tidak kira sama ada anda kehilangan pekerjaan atau pendapatan berkurang tahun ini, ahli berkenaan layak memohon untuk membuat pengeluaran daripada Akaun-1.
  • Tanpa mengira sama ada ahli adalah pekerja sektor formal atau bekerja sendiri tanpa mengira ahli aktif mencarum ataupun tidak, selagi mereka terjejas pendapatan secara ketara anda bolehlah mengeluarkan simpanan daripada Akaun-1 KWSP.

CARA MEMOHON i-SINAR KWSP ONLINE (TANPA AKAUN)

Di bawah ini adalah merupakan contoh untuk membuat permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu login i-Akaun (Portal i-Sinar KWSP). Maklumat rasmi adalah tertakluk kepada pengunguman rasmi KWSP dalam tempoh masa terdekat ini. 

1. Sila klik pada permohonan baru KWSP.
2. Isikan nombor kad pengenalan anda.
3. Pemohon mestilah belum lagi mencapai umur 55 tahun semasa permohonan pengeluaran i-Sinar dilakukan melalui portal.
4. Sila isikan nombor telefon bimbit, alamat email, alamat rumah, poskod, bandar, negeri.
5. Pilih jumlah amaun yang diperlukan (maksimum RM10,000).
6. Selepas buat pilihan amaun, pilih bank.
7. Pilihan bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online. Masukkan akaun bank (simpanan/semasa) aktif untuk membuat pengeluaran i-Sinar.
8. Sila pastikan bahawa nombor akaun bank adalah betul dan aktif bagi memastikan i-Sinar dapat dimasukkan tanpa masalah.
9. Muat turun dokumen bukti pendapatan terjejas.
10. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
11. Klik hantar.

CARA MEMOHON i-SINAR KWSP ONLINE (GUNA i-AKAUN)

Di bawah ini adalah merupakan contoh untuk membuat permohonan pengeluaran i-Sinar i-Akaun KWSP. Maklumat rasmi adalah tertakluk kepada pengunguman rasmi KWSP dalam masa yang terdekat.

1. Sila log masuk ke dalam i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
2. Sila klik pengeluaran.
3. Pilih i-Sinar.
4. Sila baca segala terma dan syarat. Klik OK.
5. Klik seterusnya.
6. Pilih amaun yang diperlukan (Maksimum RM10,000)
7. Selepas buat pilihan amaun, pilih Bank.
8. Pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online masukkan akaun bank (simpanan/semasa) aktif untuk buat pengeluaran i-Sinar.
9. Sila pastikan nombor akaun bank adalah aktif dan betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa ada sebarang masalah.
10. Sila buat semakan pada BUTIRAN MAKLUMAT.
11. Muat turun DOKUMEN BUKTI SOKONGAN PENDAPATAN TERJEJAS.
12. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
13. Sila klik SETUJU, klik permohonan TAC, kemudian sila masukkan TAC.
14. Akhir sekali, sila klik HANTAR.

SOALAN LAZIM

Bilakah tarikh boleh buat permohonan i-Sinar KWSP?
- Bermula awal Disember 2020.

Macam mana nak buat semakan kelulusan i-Sinar KWSP?
- Anda boleh melakukan semakan melalui portal i-Sinar atau i-Akaun KWSP.

Bila boleh dapat duit daripada i-Sinar?
- Bagi pemohon yang telah melakukan permohonan pengeluaran pada bulan Disember, bayaran akan bermula pada awal Januari 2020

Post a Comment

0 Comments