[TERKINI] : Gaji RM1,000 Tanpa Slip Gaji Pun Boleh Beli Rumah SJKP 2020



PERMOHONAN RUMAH SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN SJKP 2020

Untuk pengetahuan anda semua, walaupun anda hanya bergaji bersih RM1,000 sebulan tetapi sebenarnya anda mampu dan layak untuk membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP. Sangat menarik bukan?


Dan apa yang lebih menarik lagi, pemohon yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan seperti bekerja sebagai nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi dan pekerja am juga turut berpeluang untuk memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP.


Terbaharu, Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP melalui peruntukan sebanyak RM70 juta kepada 300 pelanggan yang akan menikmati pembiayaan 100% daripada harga belian.


MAKLUMAT TENTANG SJKP

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) adalah merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan yang mana diperbadankan pada 06 Disember 2007.


Tujuan penubuhan SJKP ini adalah untuk mengatasi masalah kesusahan yang dialami mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti golongan petani dan para peniaga kecil untuk mendapatkan kemudahan kewangan bagi tujuan membeli rumah kediaman idaman mereka.


Skim ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas.


Tempoh pembiayaan perumahan SJKP sama seperti bank iaitu 35 tahun atau usia peminjam berumur 65 tahun atau mana-mana yang terdahulu.


CARA MEMOHON

Proses permohonan dan pendaftaran Skim Perumahan SJKP adalah seperti berikut:

1) Mengenal pasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tambahan.

2) Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai kerajaan kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), penghulu atau wakil yang terpilih). Surat tersebut hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat yang berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawa penyata gaji dan juga penyata EPF.

3) Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, lesen perniagaan, kad pendaftaran nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.

4) Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.


Antara institusi kewangan yang terlibat ialah:

1. Affin Bank

2. Affin Islamic

3. Agro Bank

4. Alliance Bank

5. Alliance Islamic Bank

6. AmBank Group

7. AmIslamic Bank

8. Bank Islam

9. BSN

10. Bank Rakyat

11. Hong Leong Bank

12. Hong Leong Islamic Bank

13. Maybank

14. Maybank Islamic

15. Bank Muamalat

PERINGATAN: Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke Pejabat SJKP Berhad.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas.
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200.00 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama adalah dibenarkan.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk tujuan didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan. 
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tidak mempunyai rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
Skim Jaminan Kredit Perumahan hanya sah untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.


SJKP tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

Post a Comment

0 Comments