[TERKINI] : Bantuan Mobiliti Secara "One-Off" Berjumlah RM1,000 Dan RM500 Mengikut Lokasi Tempat Kerja Anda - Rujuk Di Sini!



Berita baik buat anda semua, Kementerian Sumber Manusia telah memaklumkan bahawa bermula pada Januari depan, individu yang mendapat penempatan pekerjaan melebihi 100 Kilometer (KM) daripada tempat bermastautin bakal menerima bantuan secara one-off menerusi program Mobility Assistance (Bantuan Mobiliti).


Berbanding sebelum ini, hanya perpindahan melibatkan antara wilayah dari Sabah ke Sarawak atau ke Semenanjung atau sebaliknya akan menerima bantuan tersebut.


Sila ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui mengenai bantuan mobiliti ini.


KADAR BANTUAN MOBILITI (ONE-OFF)

Untuk pengetahuan anda, Bantuan Mobiliti ini akan diberikan kepada individu yang terlibat dengan perpindahan tempat untuk bekerja. Kadar bantuan akan diberikan mengikut jarak penempatan tempat kerja seperti berikut.

  • Penempatan Kerja Melebihi 100KM : Bantuan Sebanyak RM1,000
  • Penempatan Kerja Kurang 100KM : Bantuan Sebanyak RM500

MATLAMAT BANTUAN MOBILITI 

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata bahawa matlamat bantuan mobiliti ini adalah untuk:

  • Menggalakkan golongan belia terutamanya untuk mencari pekerjaan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
  • Mempersiapkan rakyat untuk mengubah mindset dengan bersedia untuk berhijrah.
  • Memberi bantuan bagi mereka yang perlu berhijrah dengan keadaan wabak pandemik ini.

CARA MEMOHON BANTUAN MOBILITI

Bantuan Mobiliti berjumlah RM1,000 adalah bermula pada Januari tahun hadapan. Individu yang mendapat penempatan pekerjaan melebihi 100KM dari tempat bermastautin dan memerlukan bantuan yang ditawarkan boleh memohon Bantuan Mobiliti.


Walaubagaimanapun, maklumat pemohon masih belum lagi dinyatakan. Sekiranya ada makluman terbaru mengenai permohonan Bantuan Mobiliti, pasukan Salam Kerjaya akan melakukan kemaskini pada artikel ini sesuai dengan info semasa. Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments