[RASMI] : Senarai Bantuan Dan Intipati Pembentangan Bajet Belanjawan 2021 Malaysia


Pada 06 November 2020 yang lalu, Pembentangan Bajet 2021 telah dibuat serta dibentangkan sendiri oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang disiarkan secara langsung melalui media-media utama. 

Pembentangan Bajet 2021 ini adalah merupakan perkara yang amat dinanti-nantikan oleh hampir seluruh rakyat Malaysia yang mengharapkan bahawa akan ada sesuatu yang dapat membantu meringankan beban yang mereka hadapi dikala negara Malaysia menghadapi penjejasan ekonomi akibat penularan wabak pandemik Covid-19. 

INTIPATI PEMBENTANGAN BAJET 2021

Di bawah ini kami akan kongsikan beberapa intipati yang paling menarik untuk kita sebagai rakyat Malaysia ketahui kerana ianya melibatkan senarai bantuan-bantuan baru yang dikemaskini pada bajet 2021 kali ini:

  1. Keperluan Bantuan Barisan Hadapan sebanyak 1 billion bagi membantu membendung penularan wabak Covid-19. Antara bantuan yang diberikan ialah Pemberian One-Off sebanyak RM500 kepada barisan frontliner untuk seribu orang.
  2. Menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan.
  3. Bantua Prihatin Rakyat 2021 (menggantikan BSH).
  4. Bantuan RM180 kredit seorang untuk telekomunikasi dan jaringan internet yang lebih baik.
  5. Moratorium secara bersasar penangguhan ansuran selama tempoh 3 bulan atau pengurangan ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.
  6. Pengeluaran akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan dalam tempoh 12 bulan.
  7. Lanjutan tempoh elaun mencari kerja.
  8. Had pengecualian cukai pendapatan dinaikkan kepada RM20,000.
  9. Insentif pengeluaran getah dinaikkan kepada RM300 juta. Insentif bantuan petani dan nelayan sebanyak RM1.7 billion. 
  10. Elaun Sara Hidup Nelayan dinaikkan kepada RM300.
  11. Penghapusan faedah hutang peneroka Felda berjumlah RM400 juta.
  12. Skim janakerja berjumlah RM3.7 billion.
  13. Program peningkatan kemahiran & latihan semula.
  14. Short term employment programme berjumlah RM700 juta.
  15. Program Subsidi Upah bersasar tambahan 3 bulan khusus bagi sektor perlancongan.
  16. Bantuan One-Off RM500 untuk imam, bilal dan lain-lain.
  17. Proggram Pembangunan Komuniti India bernilai RM20 juta.
  18. Pembaikan rumah ibadat bernilai RM50 juta.
  19. Program Kesenian dan Kebudayaan bernilain RM15 juta.
  20. Pembangunan komuniti Orang Asli RM158 juta.
  21. Kenaikan bantuan kewangan bagi golongan warga emas.
  22. Penambahbaikan bekalan air dan elektrik luar bandar.
  23. Perkhidmatan bank bergerak di negeri Sabah dan Sarawak.
  24. Penyelenggaraan kemudahan jalan raya RM50 juta.
  25. Program Perantisan Belia RM250 juta.
  26. Penyelenggaraan kemudahan sukan bernilai RM103 juta.
  27. Bajet KPM RM50.4 billion.
  28. Bajet KPT RM14.4 billion.
  29. Pemerkasaan TVET RM29 juta.
  30. Pas perjalanan MY30.
  31. Skim SME bernilai RM150 juta.
  32. Pinjaman Mudah PKS RM1.9 billion.
  33.  Projek baharu jalan RM3.8 billion.
  34. Pembangunan infrastruktur Sabah dan Sarawak berjumlah RM9.6 billion.
  35. Pemeliharaan Alam Sekitar RM20 juta.
  36. Bantuan Penjawat Awam RM600, pesara RM300. Akan dibayar bermula JJanuari 2021.
Dan banyak lagi kemudahan dan bantuan yang diberikan...

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban rakyat serba sedikit sepanjang penularan wabak pandemik Covid-19 ini.

Post a Comment

0 Comments