[RASMI] : Permohonan Pengeluaran Akaun-1 KWSP Sehingga RM60,000 Kini Dibenarkan



Kuala Lumpur (16 November 2020) : Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas disebabkan kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji dan mereka yang terbabit di dalam sektor tidak formal dibolehkan untuk melakukan permohonan pendahuluan sehingga RM60,000 daripada Akaun-1.


PERMOHONAN PENGELUARAN AKAUN-1

Tunku Alizakri Alias yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP berkata, bagi ahli yang mempunyai simpanan di dalam Akaun-1 di bawah RM90,000, mereka boleh memohon pengeluaran pendahuluan sehingga RM9,000, lapor Berita Harian.


Katanya lagi, permohonan boleh dilakukan bermula pada Disember 2020.


"Seramai 2 juta ahli bakal menerima manfaat ini dengan anggaran RM14 bilion. Pihak KWSP akan memberikan pendahuluan kepada mana-mana ahli yang terjejas. Jumlah yang diberikan itu perlulah dibayar semula apabila mereka telah mendapatkan pekerjaan dan mula melakukan caruman semula. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala selama tempoh enam bulan" kata Tunku Alizakri Alias.


Manakala bagi baki simpanan Akaun-1 yang melebihi jumlah RM90,000 pula, bayaran pendahuluan pertama adalah maksimum sebanyak RM10,000 ringgit sahaja.


Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada jadual yang disediakan di bawah.


Berikut adalah merupakan kenyataan penuh pihak KWSP:






Post a Comment

0 Comments