Semakan Online
[RASMI] Cara Melakukan Semakan Online Bantuan RM300 Covid-19 Kerajaan Negeri Sabah

Bantuan RM300 ini adalah merupakan bantuan tambahan yang telah diumumkan oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah pada 28 Oktober 2020 lepas yang mana kadar bantuan bagi penerima yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM300 seorang.
CARA SEMAKAN BANTUAN RM300 COVID-19 SABAH
Cara semakan bagi bantuan RM300 Covid-19 negeri Sabah ini boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut.
1. Sila layari https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/
2. Isikan nombor kad pengenalan anda.
3. Tandakan pada kotak 'saya bukan robot'.
4. Klik butang 'semak'.
5. Status bantuan dipaparkan.

STATUS KEPUTUSAN
Bagi penerima yang layak untuk menerima bantuan ini, mereka akan menerima dua bentuk paparan keputusan sama ada mereka perlu mengambil wang di bank atau wang tersebut akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank penerima.
Bagi penerima yang layak, maklumat seperti berikut akan dipaparkan.
- Penerima Bantuan PRIHATIN Covid-19 : [RM300] Sila tuntut di cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran dengan kawasan anda, mulai 23 Nov (Isnin); atau
- Pembayaran telah dikreditkan : (SUCCESS 'Tarikh Dikreditkan')
Bagi penerima yang tidak layak pula, maklumat seperti berikut akan dipaparkan.
- Pemohon bukan berdaftar dengan Jabatan / Agensi di bawah MAFI; atau
- Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan anda DITOLAK : Bukan klien Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA).
- Permohonan tidak lulus (JHEWA).
- Tiada rekod permohonan.
Menurut Ketua Menteri Negeri Sabah iaitu Datuk Seri Hajiji Mohd Nor, bantuan ini bakal memberikan manfaat bagi golongan sasar seperti mereka yang berada dalam sektor:
- Pertanian
- Perlancongan
- Pengangkutan
- Anak Yatim
- Ibu Tunggal
- OKU
Oleh yang demikian, para pemohon hendaklah melakukan semakan semula status mereka sama ada mereka layak bagi menerima bantuan RM300 Covid-19 negeri Sabah ini.
PERTANYAAN LANJUT
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini, sila hubungi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di talian 088-223 536 etx. 236 (Roshidi) / 236 (Norsafi) / 250 (Sukari).
Post a Comment
0 Comments