Pengeluaran RM10,000 One-Off Akaun 1 KWSP Untuk Bantu Kurangkan Beban Rakyat ~ Berapa Ramai Yang Setuju?



Pada tanggal 26 Oktober yang lalu, bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah mencadangkan kepada pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar membenarkan para pencarum untuk mengeluarkan simpanan mereka maksimum sebanyak RM10,000 bagi tujuan menghadapi situasi cabaran hidup yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 di negara ini.

BANTUAN KHAS COVID-19

"Semasa krisis Covid-19 mula melanda di Malaysia, saya pernah mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk membenarkan para pencarum mengeluarkan duit daripada akaun 2 KWSP mereka sebagai salah satu usaha untuk membantu meringankan beban rakyat dan merancakkan semula ekonomi tempatan. Pada masa itu, kerajaan telah menyambut baik dan melaksanakan cadangan tersebut dengan mengadakan program i-Lestari dalam pelan pakej Prihatin." - Kata Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak

PENGELUARAN RM10,000 MELALUI AKAUN 1 KWSP

"Kini terdapat banyak permintaan agar pihak kerajaan membenarkan pengeluaran secara "one-off" sehingga RM10,000 daripada akaun 1 KWSP bagi kegunaan yang mendesak. Saya rasa permintaan ini boleh dipertimbangkan dengan syarat para pemohon juga harus menandatangani surat aku janji untuk melakukan semula caruman "one-off" ini dalam tempoh masa dua tahun akan datang selepas ekonomi negara dijangka pulih - tidak termasuk caruman biasa yang dilakukan pada setiap bulan," kata Najib melalui posting beliau di halaman Facebooknya. 


"Namun, saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbanding dengan kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk tujuan usia tua kita nanti selepas bersara. Oleh sebab itu, jangan melakukan pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan yang mendesak," tambahnya lagi.


"Saya juga mencadangkan agar syarat aku janji bukan sebab mahu pencarum bayar balik seperti pinjaman tetapi niatnya adalah untuk menggalakkan para pencarum lebihkan simpanan untuk hari tua disebabkan kadar dividen KWSP yang amat tinggi." 


"Jika tak dapat nak bayar balik dalam tempoh masa 2 tahun, tiada sebarang penalti akan dikenakan dan pihak KWSP tidak boleh buat apa-apa. Cuma untuk memperingatkan para pencarum bahawa simpanan dalam KWSP adalah penting dan akhirnya akan menguntungkan para pencarum," jelas Najib.


Semoga kerajaan Abah mampu untuk menilai semula cadangan ini dan meringankan beban rakyat yang sedang terbeban akibat penularan wabak Covid-19 ini.

 

Post a Comment

2 Comments

  1. suara Dato' seri Najib Tun Abdul Razak tue adalah suara pencarum KWSP..Dato' seri Najib Tun Abdul Razak bukan cakap kosong seperti ahli-ahli parlimen PN hanya tahu merembat duit KWSP rakyat

    ReplyDelete