Cara Melakukan Permohonan & Semakan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bernilai RM500 Sebulan



Pihak kerajaan sama sekali tidak pernah mengabaikan ataupun menyiisihkan golongan warga emas sebaliknya mereka terus memberikan pelbagai bantuan serta kemudahan bagi mereka seperti menyediakan kemudahan rumah kebajikan orang tua dan juga bantuan wang ringgit.


Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah memperkenalkan satu Skim Bantuan Orang Tua (BOT) yang mana mereka akan menerima bantuan sebanyak RM350 setiap bulan untuk meringankan beban mereka. Namun, baru-baru ini dalam pembentangan Belanjawan 2021, pihak kerajaan telah menaikkan jumlah bantuan tersebut kepada RM500 sebulan. 


BANTUAN ORANG TUA JKM

Bantuan Orang Tua (BOT) adalah merupakan bantuan daripada inisiatif pihak kerajaan yang menyalurkan bantuan wang ringgit sebanyak RM500 sebulan melalui pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan warga emas untuk membantu meringankan beban hidup mereka serta meneruskan kelangsungan hidup.


Pihak JKM akan melakukan semakan terlebih dahulu sebelum mereka meluluskan segala permohonan daripada para pemohon bagi memastikan bahawa hanya mereka yang benar-benar layak sahaja yang akan menerima faedah daripada bantuan pihak kerajaan ini. 


SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN JKM

Antara syarat kelayakan untuk permohonan bantuan ini ialah:

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 60 tahun dan keatas.

3. Pemohon tidak mempunyai sumber pendapatan untuk menyara kehidupan.

4. Tiada ahli keluarga atau mempunyai ahli keluarga tetapi tidak berkemampuan untuk memberikan sumbangan.

5. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa. 

6. Tidak menetap atau tinggal di mana-mana institusi yang diselia oleh pihak JKM.

7. Tidak tinggal di pusat jagaan harian / berkediaman yang memberikan kemudahan / perkhidmatan secara percuma.


Namun demikian, pemohon masih layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan dengan kelulusan KPKM sekiranya tidak memenuhi kelayakan di atas untuk mana-mana kes yang tertentu dan berkeperluan sahaja.


CARA MEMOHON BANTUAN JKM

Terdapat dua kaedah untuk melakukan permohonan bantuan JKM ini iaitu melalui kaedah online ataupun boleh terus ke pejabat JKM yang berhampiran dengan anda. Anda boleh memohon bantuan JKM dengan klik di bawah ini.


PERMOHONAN SECARA ONLINE

1. Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini : eBantuan JKM 

2. Klik DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN.

3. klik DAFTAR PERMOHONAN.

4. Pilih NEGERI pemohon.

5. Masukkan NO KAD PENGENALAN.

6. Klik DAFTAR.

7. Isikan MAKLUMAT PENDAPATAN seperti yang diperlukan.

8. Isikan MAKLUMAT KEPERLUAN BULANAN.

9. Klik KEPUTUSAN.

Permohonan anda sudah pun berjaya dihantar secara online tetapi prosesnya masih belum lengkap sepenuhnya. 


Anda dikehendaki untuk hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berhampiran dengan kawasan anda dalam tempoh masa 14 hari daripada tarikh permohonan dibuat secara online. Sekiranya anda gagal ke pejabat JKM dalam tempoh masa yang ditetapkan, sistem akan membatalkan permohonan anda secara automatik. 


Sila pastikan anda membawa dokumen seperti di bawah ini semasa pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):

1. Salinan kad pengenalan pemohon.

2. Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama.

3. Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU).

4. Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri).

5. Salah satu bil utiliti (air, telefon, elektrik, astro dan mana-mana yang berkenaan).

6. Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan atau swasta (bagi kes OKU yang tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan).


CARA MELAKUKAN SEMAKAN PERMOHONAN

Anda boleh melakukan semakan permohonan dengan klik paparan di bawah ini.



1. Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini : eBantuan JKM

2. Klik SEMAKAN STATUS PERMOHONAN ONLINE.

3. Masukkan nombor kad pengenalan.

4. Ikuti langkah seperti yang dipaparkan untuk melihat keputusan.

Post a Comment

2 Comments