BELANJAWAN 2021 : Permohonan Pengeluaran RM500 KWSP Akaun-1


Pihak kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 1 secara bersasar melalui pembentangan Belanjawan 2021 yang telah diadakan di Dewan Rakyat semalam. 

PENGELUARAN RM500 AKAUN-1 KWSP

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan Menteri Kewangan Malaysia berkata, kebenaran secara bersasar tersebut bakal membolehken pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan mereka yang berjumlah RM500 sebulan dengan jumlah keseluruhan yang mencecah sehingga RM6,000 untuk tempoh selama 12 bulan. 

Pengeluaran ini adalah bertujuan untuk membantu ahli-ahli yang telah kehilangan pekerjaan akibat penularan wabak pandemik dan bantuan ini dijangka dapat meringankan bebanan kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas. 

Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah berjumlah sehingga RM12,000.

PERMOHONAN PENGELUARAN RM500 AKAUN-1 KWSP

"Diunjurkan jumlah keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion," kata Tengku Datuk Seri Zafrul di dalam pembentangan Belanjawan 2021 yang bertemoat di Dewan Rakyat semalam. Jelasnya lagi, bagi ahli yang layak boleh melakukan permohonan bermula Januari 2021.

Antara inisiatif lain, Tengku Zafrul turut berkata bahawa kadar caruman minimum KWSP pekerja turut dikurangkan daripada 11 peratus kepada 9 peratus bermula pada Januari 2021 untuk tmpoh selama 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay.

"Hal ini akan memanfaatkan para pencarum KWSP dengan nilai insentif sehingga RM9.3 bilion. KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran akaun i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan dalam tempoh masa 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000," kata Tengku Datuk Seri Zafrul.

Skim tersebut telah memberi manfaat kepada 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 billion ujar beliau.


Post a Comment

0 Comments