Bayaran Untuk Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) Telah Dimasukkan Secara Berperingkat Ke Dalam Akaun Bank Para Pemohon


 

Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengumumkan bahawa tarikh semakan keputusan rayuan BSH adalah pada 16 November yang lalu. Tarikh bayaran menurut Portal Rasmi LHDN adalah pada 23 November 2020 ini. 


RAYUAN BSH

Bagi bayaran untuk rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) ini akan dimasukkan kedalam akaun anda secara berperingkat mengikut pada akaun bank para pemohon masing-masing. Kebanyakannya yang telah masuk ke dalam akaun mereka pada hari ini adalah mereka yang merupakan menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN). Untuk yang menggunakan bank lain, sila tunggu pada 23 November 2020 iaitu pada esok hari.

Nota : Anda dinasihatkan untuk melakukan semakan secara online terlebih dahulu sebelum pergi ke ATM.




CARA MELAKUKAN RAYUAN BSH - SILA KLIK DI BAWAH

1. Untuk melakukan semakan, anda boleh lakukan secara online, melalui website ataupun aplikasi BSH.

2. Sila klik pautan untuk melakukan semakan https://bsh.hasil.gov.my/

3. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon.

4. Sila isi captcha untuk teruskan proses semakan.


APAKAH ITU BANTUAN SARA HIDUP (BSH)?

Untuk pengetahuan anda, Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah merupakan satu penjenamaan semula daripada bantuan terdahulu yang dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).


CARA KEMASKINI BSH 

Bagi permohonan yang telah dilakukan, anda adalah dinasihatkan untuk mengemaskini permohonan anda kerana terdapat beberapa perubahan dan tambahan syarat kelayakan BSH yang telah dikemaskini contohnya seperti kadar tambahan jumlah bantuan kepada anak. Pemohon boleh membuat kemaskini melalui dua cara yang berbeza iaitu melalui online ataupun manual.

Kemaskini Secara Online

1. Pilih menu MyBSH - Tekan Sini

2. Isikan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan dan tekan butang semak.

3. Tekan butang mohon TAC dan anda akan mendapat 6 digit nombor TAC melalui SMS. Tekan HANTAR.

4. Klik butang kemaskini dan sila kemaskini segala maklumat yang diperlukan.

5. Isi kod captcha dan tekan sahkan captcha untuk membuat pengesahan maklumat.

6. Bagi pengesahan maklumat, sila tandakan 'tick' pada kotak di paparan seterusnya untuk melakukan pengakuan terhadap nama pemohon dan nombor kad pengenalan.

7. Tekan butang hantar.


Kemaskini Secara Manual

Pemohon boleh melakukan semakan BSH dan membuat rayuan BSH secara manual hanya dengan mengisi borang manual yang boleh didapatkan secara percuma menerusi cawangan LHDN yang berhampiran dengan kawasan anda.

Atau, anda juga boleh melakukan muat turun borang manual melalui Portal Rasmi BSH Hasil (akan disediakan sebaik sahaja pengunguman dilakukan).

Dibawah ini adalah merupakan jadual pembukaan kaunter bagi urusan pengambilan dan penyerahan borang manual di LHDN seluruh negeri dan borang untuk kemaskini maklumat waris:


PERTANYAAN LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Sara Hidup (BSH) rakyat, anda bolehlah dapatkan segalanya pada pautan FAQ yang diberikan di bawah ini ataupun boleh hubungi:

Semoga artikel BSH ini bermanfaat untuk anda semua. Sila kongsikan artikel ini untuk berikan lebih ramai manfaat kepada ramai masyarakat.

Post a Comment

0 Comments