Cara Pendaftaran Skim Rumah Pertamaku (SRP) Untuk Pekerja Sektor Swasta




APAKAH ITU SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu golongan muda yang baru bekerja serta berpendapatan tidak lebih daripada RM5,000 / sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini berfungsi untuk mebolehkan golongan muda mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi- institusi kewangan yang turut mengambil bahagian untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu untuk membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat pihak Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.


Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank atas pembiayaan yang lebih dari 90%. Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.


SIAPA YANG LAYAK DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU?

Skim SRP ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun dan ke bawah (berumur tidak lebih daripada 36 tahun pada tarikh lahir berikutnya) dengan pendapatan kasar bulanan yang tidak lebih daripada RM5,000.00 bagi peminjam perseorangan dan pendapatan kasar bulanan yang tidak lebih daripada RM10,000.00 bagi peminjam bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000.00 bagi setiap peminjam).

Perlu diambil berat bahawa skim ini hanya terhad kepada pekerja untuk sektor swasta, termasuk badan berkanun yang tidak menawarkan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.


CIRI-CIRI & FAEDAH UTAMA SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)

  • Pembiayaan sehingga 100%
  • Harta kediaman sahaja
KRITERIA KELAYAKAN DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

Di bawah merupakan maklumat ringkas (perlu diketahui) mengenai pemohon yang layak memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP).

Pemohon Yang Layak


  • Warganegara Malaysia
  • Pembeli rumah (pertama kali)
  • Bekerja di sektor swasta, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman atau pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
  • Individu yang berumur tidak lebih daripada 40 tahun
  • Pendapatan kasar peminjam perseorangan yang tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)
  • Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah
Keperluan Pembiayaan
  1. Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan.
  2. Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
  3. Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  4. Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
  5. Harta Yang Layak
  6. Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
  7. Nilai minimum hartanah RM100,000
  8. Nilai maksimum hartanah RM500,000
  9. Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
BANK YANG MENAWARKAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:



PENDAFTARAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat seperti di atas. Atau, anda boleh layari Portal Skim Rumah Pertamaku (SRP) melalui pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Post a Comment

0 Comments