Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Atendan Hospital U11 - Contoh Terkini Soalan Temuduga



Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Atendan Hospital U11

Bagi lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang berminat untuk kerja kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anda boleh menceburi kerjaya Atendan Hospital atau Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11.

Untuk jawatan ini, gaji bermula dengan kadar RM1,204.00 dan boleh mencapai sehingga RM3,001.00 sebulan

PANDUAN TEMUDUGA KERAJAAN

Untuk makluman anda, jualan khas rujukan temuduga Kerja Kerajaan telah pun dibuka. Ia merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas oleh Tim Infokerjaya untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.


Tugas-Tugas Am
  • Ketik kad kehadiran kerja masa masuk dan keluar.
  • Melaporkan kehadiran pada ketua unit atau jururawat bertugas.
  • Serahkan/ambil tugas kepada rakat sejawat.
  • Kemas katil dan kebersihan sekitar wad.
  • Kemas dan bersihkan katil pesakit discaj.
  • Tukar dan ikat beg linen yang sudah penuh.
  • Pastikan oksigen dan suction berfungsi dan bersih.
  • Bersihkan peralatan perubatan dan bukan perubatan.
  • Menyediakan air kepada pesakit mengikut waktu dan .keperluan.
  • Ambil dan hantar troli makan dari unit sajian.
  • Kutip dan cuci tray selepas pesakit selesai makan.
  • Bersihkan peti sejuk dan peralatan steril ikut jadual.
  • Berhubung baik dengan pesakit, famili pesakit dan unit-unit lain.
  • Hadir ke mesyuarat unit, perhimpunan di waktu pagi dan program untuk menambah ilmu pengetahuan.
  • Membaca dan menurunkan tanda tangan surat pekeliling, minit mesyuarat dan melaksanakan arahan pegawai atasan/ketua wad.
  • Hadir ke program anjuran hospital seperti kelab sukan, aktiviti 5S, gotong royong, akreditasi dan lain-lain.
  • Hantar Laporan Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan pada Ketua Unit setiap tahun.
  • Berpakaian seragam bersih dan kemas.
Tugas-Tugas Despatch
  • Hantar dan ambil barang dari atau ke pejabat am, farmasi, makmal, rekod, stor, unit hasil, x-ray dan pejabat penyelia jururawat.
Tugas-Tugas Khas
  • Tugas klinikal menurut tahap 1, 2 dan 3.
  • Senarai tugas klinikal di wad tahap 1, 2 dan 3.
  • Senarai tugas klinikal di unit tertentu tahap 3 contohnya mortuary, phsysioterapi.
Senarai Prosuder Klinikal Tahap 1
  • Servis di kaunter
  • Kemasukan wad dan orientasi pesakit
  • Perpindahan wad
  • Discaj pesakit
  • Ubah posisi pesakit
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK)

Di bawah merupakan contoh soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) atau Atendan Hospital yang anda boleh rujuk untuk persediaan temuduga anda nanti.

Set soalan di bawah merupakan soalan-soalan berbentuk general yang memerlukan pengetahuan am calon terhadap isu-isu semasa dan berkaitan.

1. Siapakah nama Menteri Kesihatan yang menaungi KKM?

2. Huraikan visi, misi dan moto KKM.

3. Terangkan tanggung jawab KKM di Malaysia.

4. Sebagai seorang PPK, bagaimana anda melayani pelanggan yang datang ke klinik?

5. Apa yang anda faham tentang logo KKM?

6. Klinik dan hospital mempunyai perbezaan dari segi apa?

7. Beri contoh-contoh kempen kesihatan yang dianjurkan KKM.

8. Bolehkah anda bekerja secara syif?

9. Bagaimana anda menguruskan tekanan kerja PPK?

10. Apakah aktiviti yang pernah anda lakukan berkaitan dengan PPK?

11. Apa warna pakaian bagi PPK?

12. Terangkan tugas-tugas PPK di klinik.

13. Berikan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang PPK.

14. Bolehkah anda menguruskan pesakit yang sudah berusia?

15. Bagaimana reaksi anda dengan darah dan najis, boleh tahan?

16. Apa kaitan Rukun Negara dengan PPK?

17. Apa yang anda faham mengenai integrity?

18. Bolehkah anda menjalankan kerja-kerja menyelamat seperti CPR?

Post a Comment

0 Comments